Popular Posts

Saturday, 10 January 2015

Kaedah kurangkan SAKIT SENGGUGUT

[ MASALAH SENGUGUT DI KALANGAN WANITA ]

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Keadaan ini berlaku ketika datangnya haid dan berlaku disekitar bahagian bawah abdomen tubuh. Ada wanita yang mengalami senggugut yang teruk sehingga berguling-guling.

Antara simptomnya adalah:.
1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar.Masalah sengugut juga boleh menganggu kesukaran untuk hamil..

Beberapa kaedah bagi mengatasi/mengurangkan kesakitan senggugut:
• Tidur dan rehat secukupnya
• Tuam bahagian bawah perut dan pinggang
• Urutan
• Senaman ringan
• Amalkan diet sihat
• Elakkan pengambilan alkohol dan kafein

#Sekadar perkongsian

P/s : shaklee ada set atasi MASALAH SENGGUGUT.

B complex 
Alfalfa 
GLA COMPLEX 

No comments:

Post a Comment