Jika anda seorang yang mengambil berat tentang kesihatan, tentu sekali anda ingin mengetahui seberapa banyak maklumat berkaitan toksin yang menjejaskan kesihatan manusia. Toksin adalah bahan buangan beracun yang terdapat dalam organisma hidup atau badan manusia.
Terdapat dua jenis toksin iaitu "endogenous" dan "exogenous". Toksin "endogenous" (toksin dalaman) adalah toksin yang dihasilkan dalam badan kita, iaitu berpunca daripada bahan buangan hasil aktiviti metabolisma badan.
Antara contoh toksin "endogenous" ialah urea, karbon dioksida, asid laktik dan lain-lain. Selain itu, toksin "endogenous" juga berpunca dari gangguan emosi, tekanan, dan kotoran yang tersumbat dalam usus. Kalau sudah bertahun kita mengalami masalah sistem penghadaman dan pencernaan yang tidak lancar, agaknya berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan ye.
Manakala toksin "exogenous" (toksin luaran) pula merupakan bahan kimia yang dihasilkan di luar badan kita dan boleh membahayakan sel-sel badan sekiranya ditelan, disedut atau diserap ke dalam aliran darah melalui beberapa saluran.