Assalamualaikum. Hari ini hari aina keje stdby 24jam. Aina keje badan beruniform. Kalau bz tu tak payah cerita la. Aina dah berkahwin setahun dan belum punya cahaya mata. Sedih kan. Saya join Shaklee pun mmg untuk kesuburan. Tapi apa2 pun aina bersyukur sebab di kurniakan suami yg begitu memahami, menyayangi dan tak pernah merungut. Takut juga kalo2 Kebahagiaan kami sekejap aje. Nauzubillah.
Aina hari ni baru aje dapat berita gembira kawan sepasukan yg dia preggy 18 minggu. Tahniah mun. Apa2 pun mmg rasa jeles dan rasa sedih bercampur. Sampai nak tgk muka dia pun xsanggup. Bukan apa... hati ni dah tak kuat pulak rasa. Tapi mak aina cukup bagus memberi nasihat dan galakan. Katanya, "percayalah cakap ibu. Nt kalo sekali kamu mengandung berderet2 plak sampai ko pun rasa xsanggup. " huuu. Tapi apa pun aina kena happy for my friend dan happy untuk diri sendiri. Belum punya anak tak bererti kita tak ada rezeki. Sedang agama tidak menjanjikan bahawa setiap kali berkahwin mmg dapat anak. So xperlu dikejar sgt2 kan.
Aina pun manusia biasa punya emosi juga harga diri. Tak apa lah. Mungkin rezeki kami suami isteri punya anak di syurga. Siapa yg tahu. Kan? Apa2 aina akan terus menerus gunakan cadangan set kesuburan shaklee. Kerana dimana ada kesungguhan di situ ada jalan. InshaAllah.
" Robbi habli min ladunka zurriyatan toyyibah, innaka sami'uddu'a"
Amiinn. Aina baru try ayat ni dan tiupkan di perut sendiri setiap kali lepas solat. Moga2 Allah perkenankan. Amiinn.
Aina gembira untuk semua. Amiinn.
No comments:
Post a Comment